KlipKilat.BY JEFF AI ACADEMYSertai · RM87

Nak siapkan satu video pun kadang-kadang makan separuh hari.

Mula-mula kena fikir nak cakap apa. Lepas tu cari bahan, susun klip, masukkan teks dan suara. Bila dah rasa nak siap, tengok balik… Eh, macam bukan ni yang aku bayangkan.

Dah lama buka CapCut, Adobe Premiere Pro atau DaVinci Resolve, tapi satu video masih belum boleh post. Esok pula dah kena fikir content lain.

  • CapCut
  • Adobe Premiere Pro
  • DaVinci Resolve
Draf dulu, semak kemudian.
KLIPKILAT / DEMO EDIT CONTOH VIDEO
Klip bersepah, belum boleh post00:00
CONTOH ARAHAN

Klip dah banyak, tapi tak tahu nak mula dari mana.

Video contoh dijana dengan AI. Watak bukan orang sebenar.

CONTOH HASIL

Ini antara video yang dijana guna AI.

Tekan mana-mana video untuk tengok.

Video ni dari koleksi kami, bukan hasil pelajar. Tak semestinya diajar satu persatu dalam kelas.

SITUASI BIASA

Pernah jadi macam ni?

Video belum siap. Kerja lain pula dah sampai.

  1. Idea dah ada, tapi bila nak tulis skrip, terus buntu.

  2. Video dah rakam, tapi tak tahu nak mula dengan klip mana atau apa yang patut potong.

  3. Orang asyik tanya, Bila boleh post? Kerja lain pun tengah menunggu.

  4. Nak upah orang setiap kali buat video, bajet cepat habis.

  5. Dah cuba AI, tapi hasilnya lain daripada yang kita minta. Akhirnya buat balik sendiri.

Nak buat video untuk kerja, bisnes atau content sendiri?

Dah ada rakaman dalam phone, gambar produk atau nota kelas? Belajar guna AI untuk bantu edit bahan tu jadi video yang boleh terus digunakan.

Videographer atau video editor

Shoot dah habis, tapi nak pilih klip dan susun first cut pun dah makan masa. Lepas tu klien minta tukar opening.

APA YANG ANDA BOLEH BUAT

Guna AI untuk bantu susun first cut. Bila klien minta tukar opening atau pendekkan satu babak, anda boleh terus edit bahagian tu.

Admin media sosial

Esok kena post promo. Gambar produk dan klip dah ada, tapi video belum sempat edit.

APA YANG ANDA BOLEH BUAT

Guna bahan yang dah ada untuk buat video promo pendek. AI bantu susun klip dan sediakan teks promo supaya lebih senang nak siapkan post.

Marketer atau ejen jualan

Nak tunjuk produk dekat pelanggan, tapi video panjang sangat. Point penting pula baru keluar dekat hujung.

APA YANG ANDA BOLEH BUAT

Edit video demo supaya pelanggan terus nampak cara produk berfungsi. Guna AI untuk bantu pendekkan skrip dan tulis teks yang senang faham.

Pemilik bisnes

Nak post promo selalu, tapi team kecil. Kalau setiap video kena upah orang edit, bajet cepat habis.

APA YANG ANDA BOLEH BUAT

Buat sendiri video promo ringkas guna gambar produk atau rakaman kedai. Simpan bajet upah untuk video yang perlukan shoot dan edit lebih besar.

Cikgu, tutor atau trainer

Pelajar selalu tanya semula langkah yang sama. Rakaman kelas pula panjang, susah nak cari bahagian yang mereka perlukan.

APA YANG ANDA BOLEH BUAT

Ambil satu bahagian daripada rakaman kelas dan edit jadi video ulang kaji pendek. Tambah subtitle atau teks langkah demi langkah supaya pelajar senang ikut.

Content creator atau influencer

Dah shoot banyak, tapi bila buka galeri, tak tahu klip mana nak guna untuk post dulu.

APA YANG ANDA BOLEH BUAT

Guna AI untuk bantu cari isi menarik daripada satu rakaman panjang. Edit isi tu jadi beberapa video pendek untuk TikTok atau Reels.

Freelancer atau yang kerja sendiri

Kerja klien jalan, tapi video nak promote servis sendiri asyik tertangguh.

APA YANG ANDA BOLEH BUAT

Guna gambar dan klip projek lepas untuk buat video portfolio. Tunjuk contoh kerja atau hasil sebelum dan selepas dalam satu video yang senang dikongsi dengan bakal klien.

Mula dengan satu video yang memang anda nak siapkan. Dalam kelas, anda belajar cara guna AI untuk bantu pilih klip, potong bahagian yang tak perlu dan tambah teks sebelum post atau kongsi.

ISI PAKEJ

Apa yang anda dapat dengan RM87?

Tiga course. Setiap satu ajar benda yang lain.

KLIPKILAT

Belajar buat dan edit video guna AI.

Ada idea baru? Kita belajar bagi AI arahan yang jelas untuk bantu susun cerita, tulis skrip, cadangkan visual dan rancang suara. Dah ada rakaman? Kita belajar guna AI untuk bantu susun klip, cadangkan potongan dan kemaskan video ikut gaya yang kita nak. Kalau hasil pertama lari, kita belajar minta pembetulan pada bahagian yang tepat.

  • Claude
  • ChatGPT
  • Google

Apa yang dapat

  • Video kelas yang boleh tengok semula sambil buat video sendiri.
  • PDF modul pembelajaran.
  • Manual Lengkap 200 Bab.
  • Contoh prompt dan panduan penggunaan.
Babak daripada video yang dijana dengan Seedance: lelaki berjalan di jalan bandar waktu malam COURSE 02
SEEDANCE MASTERY CLASS

Belajar jana video 100% menggunakan AI.

Tak ada rakaman sendiri pun boleh mula. Dalam course ini, kita belajar jana klip daripada arahan teks atau gambar rujukan. Contohnya, beri gambar produk dan terangkan gerakan yang kita nak, kemudian guna AI untuk hasilkan klip bergerak.

Selain Seedance, kita guna juga Veo, Omni dan Kling untuk jana video, dan Higgsfield untuk tools kreatif lain. Gambar rujukan pula kita sediakan dan kemaskan guna Nano Banana Pro sebelum jadikan video.

  • Jimeng AI
  • Douyin
  • Veo
  • Omni
  • Higgsfield
  • Kling
  • Nano Banana Pro

Apa yang dapat

  • Panduan pemasangan dan persediaan Jimeng AI dan Douyin.
  • Tutorial cara jana video menggunakan Seedance, Veo, Omni dan Kling, serta panduan menggunakan Higgsfield.
  • Panduan Nano Banana Pro untuk sediakan gambar rujukan video.
  • PDF ebook, contoh prompt dan bahan rujukan kelas terdahulu.
AI BUSINESS & OFFICE STARTER SYSTEM

Bina sistem kerja syarikat dan pembantu AI untuk team.

Kalau banyak kerja syarikat masih jatuh dekat orang yang sama, course ini tunjuk cara susun tugas ikut peranan dan guna tools AI untuk bantu staf. Contohnya, admin boleh guna AI untuk draf dokumen dan SOP. Sales boleh sediakan ayat follow-up pelanggan. Bos atau pengurus boleh guna AI untuk ringkaskan laporan sebelum buat keputusan.

  • Vercel
  • GitHub
  • Claude
  • Codex
  • DeepSeek
  • Telegram
  • Cursor
  • Supabase
  • Hermes

Apa yang dapat

  • Panduan dan tutorial langkah demi langkah untuk guna AI dalam kerja harian.
  • Template dan prompt untuk tugasan pejabat dan bisnes.
  • Tips cepat, roadmap dan strategi untuk mula gunakan AI dengan team.

Yuran tak termasuk langganan atau kredit app lain seperti Jimeng AI.

LEPAS SERTAI

Bila sangkut, ada tempat nak tanya.

Tengok video kelas, cuba sendiri. Kalau tersekat, bawa soalan ke group atau Zoom.

  • Zoom setiap bulan

    Soal jawab dan penerangan bersama trainer.

  • Group chat 24 jam

    Group dibuka 24 jam. Hantar soalan bila-bila masa.

  • Bantuan trainer

    Untuk yang perlukan panduan ikut kelas. Trainer bantu melalui group dan sesi kelas.

  • Komuniti peserta

    Kongsi hasil, tukar idea dan belajar daripada peserta lain.

  • Kemas kini gaya video seumur hidup

    Ada gaya video baharu keluar dalam KlipKilat, anda dapat sekali.

HARGA

Tiga course. RM87 sahaja.

Sekali bayar untuk KlipKilat, Seedance Mastery Class dan AI Business & Office Starter System. Termasuk bahan belajar, Zoom bulanan, group chat, bantuan trainer dan kemas kini gaya video.

SEKALI BAYAR · TIGA COURSE
RM87
  • KlipKilat
  • Seedance Mastery Class
  • AI Business & Office Starter System
  • Zoom bulanan & group chat 24 jam
  • Bantuan trainer
  • Kemas kini gaya video seumur hidup

Ada satu idea yang dah lama nak buat, atau ada rakaman yang masih tersimpan dalam telefon? Mula dengan video itu.

Saya Nak Sertai KlipKilat · RM87

Pendaftaran belum dibuka. Tekan butang untuk maklumat lanjut.

SOALAN LAZIM & TERMA KELAS

Soalan yang orang selalu tanya.

RM87 ni dapat course apa?

Tiga-tiga sekali. KlipKilat untuk buat dan edit video guna AI, Seedance Mastery Class untuk jana video guna AI, dan AI Business & Office Starter System untuk susun kerja team dengan bantuan AI.

Apa beza KlipKilat dengan Seedance?

KlipKilat untuk bila anda dah ada idea atau rakaman dan nak siapkan video. Seedance pula untuk jana klip daripada teks atau gambar, walaupun tak ada rakaman langsung.

Saya tak pernah edit video. Boleh ikut?

Boleh. Kelas mula dari asas. Tengok video, buka PDF dan cuba sendiri. Kalau sangkut, tanya dalam group atau masa Zoom.

Kalau tak faham, nak tanya dekat mana?

Hantar soalan dalam group chat. Group dibuka 24 jam. Trainer bantu melalui group dan sesi kelas, dan ada Zoom setiap bulan untuk soal jawab.

Perlu laptop atau cukup telefon?

Telefon cukup untuk tengok kelas. Untuk latihan yang guna tools desktop, sediakan komputer Windows atau Mac.

RM87 termasuk langganan app AI?

Tak termasuk. RM87 ni yuran kelas. Langganan dan kredit app lain dikira asing. Ada app yang boleh guna percuma dengan had tertentu.

Macam mana nak daftar?

Tekan butang Saya Nak Sertai KlipKilat di bahagian harga. Kalau pendaftaran belum dibuka, butang tu akan beritahu anda.

Maklumat penting & terma kelas

Video promosi dan contoh hasil

Video yang dipaparkan dalam iklan, promosi, poster, landing page atau media sosial digunakan sebagai contoh hasil, gambaran potensi dan inspirasi. Video tersebut tidak semestinya diajar secara tepat satu persatu dalam kelas.

Skop video yang akan diajar

Pengajaran video dibuat secara fleksibel mengikut objektif kelas, tahap kefahaman peserta, kesesuaian modul, tools yang sedang digunakan, perkembangan teknologi dan contoh yang paling mudah difahami. Fokus utama ialah membantu peserta memahami cara menghasilkan pelbagai jenis video AI, termasuk video promosi, content pendek dan visual kreatif.

Kelas tidak bergantung kepada satu aplikasi sahaja

Penghasilan video AI boleh melibatkan beberapa website, aplikasi atau tools berbeza. Satu tools mungkin digunakan untuk menghasilkan gambar, tools lain untuk menghasilkan video, mengubah prompt, meningkatkan visual, membuat voice, caption, editing atau kemasan akhir.

Tools dan aplikasi boleh berubah

Tools yang digunakan dalam kelas boleh berubah mengikut kesesuaian modul dan perkembangan teknologi. Sesetengah tools mungkin percuma, berbayar, mempunyai had penggunaan, berubah interface atau mempunyai fungsi yang berbeza mengikut pelan masing masing.

Boleh bertanya tentang agent atau tools lain

Peserta boleh bertanya tentang agent video, agent gambar, website AI, aplikasi AI atau tools lain yang berkaitan dengan pembelajaran. Penerangan lanjut diberikan berdasarkan kesesuaian topik, masa kelas, kemampuan tools dan keperluan peserta.

Tidak semua agent dan tools diajar satu persatu

Kelas tidak menjanjikan bahawa semua agent video, agent gambar, website AI atau aplikasi AI akan diajar secara khusus satu persatu. Pengajaran memberi keutamaan kepada teknik, prompt, cara berfikir, workflow dan tools yang paling sesuai dengan susunan kelas.

Penggunaan beberapa website dan aplikasi

Video AI yang berkualiti boleh memerlukan gabungan beberapa platform. Peserta perlu memahami bahawa hasil akhir mungkin bergantung pada kombinasi tools untuk visual, motion, voice, editing dan finishing, bukan satu platform sahaja.

Hasil video setiap peserta mungkin berbeza

Hasil bergantung kepada jenis tools, kualiti prompt, kreativiti, bahan input, gambar asal, setting aplikasi, pakej tools, sambungan internet, peranti dan latihan masing masing. Contoh hasil tidak menjadi jaminan bahawa semua peserta akan mendapat hasil yang sama.

Akses kelas dan sokongan

Selepas pembayaran berjaya, peserta perlu mengikuti arahan akses yang diberikan oleh Jeff AI Academy. Peserta dapat masuk ke group chat yang dibuka 24 jam, sesi Zoom bulanan bersama trainer dan komuniti peserta. Trainer membantu melalui group dan sesi kelas. Tiada masa balasan tertentu dijanjikan. Kemas kini gaya video seumur hidup merujuk kepada gaya video baharu yang diterbitkan dalam KlipKilat.

Pembayaran, produk digital dan polisi refund

Pakej KlipKilat (KlipKilat, Seedance Mastery Class dan AI Business & Office Starter System) ialah produk pembelajaran digital. Harga pendaftaran ialah RM87 dengan bayaran sekali sahaja. Semua pembelian adalah muktamad dan tiada refund. Sila semak kandungan kelas, skop pembelajaran dan terma ini sebelum membuat pembayaran.

App, akses dan pemberian akan kekal selamanya?

Tidak. Sebarang app, akaun, akses, kredit, bonus atau kemudahan yang diberikan bersama kelas tidak dijamin kekal selama-lamanya. Setiap pemberian mungkin mempunyai tempoh sah, had penggunaan dan syarat tersendiri. Ia boleh tamat tempoh, berubah atau dihentikan. Jika tamat tempoh atau perubahan tersebut berlaku di luar kawalan penganjur, termasuk perubahan polisi, fungsi, harga atau perkhidmatan pihak penyedia, perkara itu adalah di luar tanggungjawab penganjur. Kemas kini gaya video seumur hidup merujuk kepada gaya baharu yang diterbitkan dalam KlipKilat, bukan jaminan bahawa app atau kemudahan pihak ketiga akan kekal.

Dengan meneruskan pembelian apabila pendaftaran dibuka, peserta mengakui bahawa mereka telah membaca dan memahami maklumat kelas, skop pembelajaran, penggunaan tools serta syarat pembelian.

MULA DENGAN SATU VIDEO

Ada video yang dah lama tertangguh? Mula dengan yang tu.

Tiga course, Zoom bulanan dan group chat 24 jam. RM87 sekali bayar.

Contoh video Seedance
PENDAFTARAN
KLIPKILAT · 3 COURSE

Tiga course. RM87.

Pendaftaran pakej KlipKilat belum dibuka lagi. Sementara tu, boleh semak dulu isi pakej, sokongan dan terma kelas.